Matlamat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Objektif | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Fokus | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke peringkat sekolah rendah kelak. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemahiran Bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni Bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap kenindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan permaianan bahasa seperti drama dan sajak. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Islam | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al-Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Moral | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan Moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Ketrampilan Diri – Perkembangan Sosioemosi | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan mengurus emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinterkasi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek serta postur yang betul semasa duduk. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran, dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya, kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkembangan Kreativiti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Perkembangan Kreativiti merangkumi Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Drama dan Gerakan Kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-kanak ini diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti kreativiti. Fokus Seni Visual adalah pada aplikasi seni, eksperisi kreatif dan apresiasi. Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu karya. Eksperisi kreatif adalah proses penghasilan karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil kerja orang lain. Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvasi, dan apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan kreatif di mana murid diberi peluang untuk memain peranan, berlakon, menari dan membuat gerakan secara kreatif. Aktviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa, matematik dan lain-lain. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Sains dan Teknologi – Awal Sains dan Awal Matematik | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi Awal Sains, Awal Matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awal Sains | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka dengan menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik, dan teliti akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke atas alam hidupan (contoh: tumbuhan, haiwan), alam bahan (contoh: pelangi, cuaca). Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan daripada hasil penerokaan murid. Awal Sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti pembinaan ini bukan sahaja meberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awal Matematik | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang kepada murid prasekolah menggunakan komputer untuk melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Kemanusiaan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang tradisi ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini. Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Model Asas dan Modul Bertema | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pendidikan prasekolah dilaksanakan melalui Modul Asas dan Modul Bertema. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modul Asas | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modul Asas merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina (untuk prasekolah yang aliran bahasa Cina), Bahasa Tamil (untuk prasekolah yang aliran bahasa Tamil), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar. Secara umumnya, Modul Asas bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M (membaca, menulis, mengira dan manaakul). Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral diajar semasa murid beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal di luar, maka Aktiviti Luar juga dianggap sebagai modul teras asas. Modul Asas diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun, Modul Asas mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir tahun, peratus masa ini mungkin berkurangan jika murid didapati sudah menguasai kemahiran asas 4M. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Modul Bertema | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengajaran dan pembelajaran prasekolah sesuai dilaksanakan melaui tema yang membawa makna kepada kanak-kanak. Modul Bertema menyepadukan kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk juga bahasa, pendidikan moral dan matematik. Pada awal tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi pada akhir tahun, peratus masa perlu dinaikkan. Guru boleh menentukan tema pembelajaran mengikut keperluan murid, keperluan setempat dan keperluan semasa. Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan kategori berikut: Diri Saya, Negara Saya, Alam Hidupan, Alam Bahan dan Alam Fizikal. Contoh tema yang boleh dibina untuk Diri Saya adalah Sekolah Saya, Kawan Saya, Keluarga Saya. Contoh tema yang boleh dibina untuk Negara Saya adalah Perayaan Hari Raya, Kemerdekaan Negara, Lagu dan Muzik Tradisional. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Bahan adalah Air dan Pakaian. Contoh tema yang boleh dibina untuk Alam Fizikal adalah Cuaca. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Aktiviti Rutin | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Aktiviti Rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti Rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti Rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam Aktiviti Rutin merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prsekolah Kebangsaan. |
Thursday, 8 December 2011
APA ITU PRASEKOLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment