Thursday 8 December 2011

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Matapelajaran : Estetika
Kelas: Prasekolah
Tarikh : 1.11.2011
Tema/tajuk : Rumah
Masa  : 8.30-9.00 pagi.
Standard  Pembelajaran : 2.1.2, 2.1.6 dan 2.1.9
Objektif pelajaran: Pada akhir pelajaran, murid dapat:
                                Berkebolehan menghasilkan dan mereka bentuk menggunakan bahan 
                                terbuang (batang  mancis).
Aktiviti P&P : 1. Set induksi
                            Bersoal jawab bersama murid
                         2. Langkah 1
                            Contoh aktiviti
                            Memperkenalkan bahan
                         3. Langkah 2
                            Membahagikan bahan
                            Tunjuk cara
                         4. Langkah 3
                             Aktiviti kolaj
                         5. Penutup.
                             Penilaian hasil kerja
BBM:  Kertas lukisan, batang mancis, gam, alat tulis dan pensel warna
Penilaian P&P : Hasil kerja murid


Langkah
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(5 min)
Bersoal jawab bersama murid
*Mengeja perkataan rumah secara individu dan berkumpulan.
*Guru menyoal murid mengenai jenis-jenis rumah yang mereka ketahui.
*Murid mengeja dan mempunyikan perkataan mudah
* Menjawab soalan guru dengan baik.

Langkah 1
(5 min)
Contoh aktiviti
                            Memperkenalkan bahan

*Guru menunjukkan contoh aktiviti yang telah siap kepada murid.
*Guru menunjuk dan menerankkan bahan yang akan digunakan.
*Murid mendapat gambaran awal aktiviti yang akan mereka jalankan.
Guru memberi penjelasan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan murid.
Langkah 2
(5 min)
Membahagikan bahan
                            Tunjuk cara

*Guru meminta ketua kumpulan mengambil bahan.
*Guru mengedarkan kertas lukisan.
*Guru memanggil setiap kumpulan untuk menunjuk cara menghasilkan kolaj rumah.
*Murid dapat berkongsi bahan dengan baik.
*Murid dapat melihat dengan dekat cara untuk menghasilkan kolaj.
Murid dapat memahami aktiviti yang akan mereka jalankan.
Langkah 3
(10minit)
Aktiviti kolaj
*Guru memantau dan membantu murid semasa aktiviti kolaj dijalankan.
*Murid melakukan aktiviti dengan bersunguh-sunguh dan tekun.
Guru sentiasa membantu murid semasa aktiviti dijalankan.
Penutup
(5 minit)
Penilaian hasil kerja
*Guru memilih beberapa hasil kerja yang baik untuk di pamirkan pada semua murid.

*Murid menunjukkan hasil kerja mereka pada guru dan rakan.
*Hasil kerja yang paling menarik dipilih oleh murid sendiri.
Peneguhan diberikan pada murid yang kurang cemerlang.







No comments:

Post a Comment